Tuesday, February 22, 2011

Excel Assignment

My first assignment of Microsoft excel is in the link below. Check it out!
 
Excel Here

Saturday, February 19, 2011

Future Assignment Submission

Piagam Pelanggan USM

Universiti Sains Malaysia akan memberikan perkhidmatan sejajar dengan Piagam Pelanggan Pusat Tanggungjawab berikut:

1. Perpustakaan
2. Hospital Universiti Sains Malaysia   
3. Bahagian Penyelidikan & Inovasi  
4. Bahagian Hal-Ehwal dan Pembangunan Pelajar
5  Jabatan Pendaftar
6. Bahagian Pengurusan Akademik
7. Unit Latihan



1. DASAR KUALITI PERPUSTAKAAN


Berdedikasi untuk cemerlang dalam menyediakan perkhidmatan maklumat berkualiti tinggi  serta  memenuhi keperluan dan kepuasan pengguna kami melalui amalan terbaik dan program penambahbaikan berterusan.


2. HOSPITAL UNIVERSITI SAINS MALAYSIA


PENGENALAN:
Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM)  bernaung di bawah Kementerian Pengajian Tinggi tetapi di bawah pengurusan Universiti Sains Malaysia.  HUSM menyediakan perkhidmatan yang lengkap dan terkini dalam semua bidang kepakaran perubatan. Objektif utama HUSM adalah untuk:
  1. Menyediakan perkhidmatan perubatan kepada pesakit.
  2. Menyediakan kemudahan  pembelajaran dan penyelidikan bersesuaian dengan fungsinya sebagai Hospital Pengajaran.
  3. Menyediakan perkhidmatan kepakaran bersesuaian dengan fungsinya sebagai Pusat Rujukan Perubatan.


3. BAHAGIAN PENYELIDIKAN DAN INOVASI, JABATAN  CANSELORI

Kami berikrar dan berjanji untuk memenuhi kehendak pelanggan kami dengan:
  1. Memberikan maklumat tentang kemudahan geran penyelidikan dengan serta-merta; menyediakan penjelasan dan garis panduan secara bertulis selewat-lewatnya dalam tempoh dua hari .
  2. Memproses permohonan penyelidikan dan permohonan “Page Charges’’ setiap bulan dengan kelulusan daripada Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) untuk semua projek penyelidikan.
  3. Menjawab setiap permohonan untuk menghadiri persidangan di luar negara dalam tempoh 3 hari bekerja selepas tarikh kelulusan diperoleh daripada Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi). .
  4. Memproses surat pelantikan staf projek melalui borang KG1-3 serta memproses pendaftaran KWSP dan PERKESO dalam tempoh 2 hari selepas borang diterima.
  5. Menemu duga staf projek setiap dua bulan iaitu pada bulan Februari, April, Jun, Ogos, Oktober, Disember.  Surat pelantikan akan dihantar dalam masa seminggu selepas tarikh mesyuarat.  Permohonan untuk penamatan dan perlanjutan perkhidmatan akan diproses pada hari yang sama.
  6. Menyediakan maklumat/data penyelidikan yang tepat dalam tempoh yang ditetapkan; dan
  7. Memberikan layanan yang mesra, bersopan-santun dan prihatin serta sentiasa bersedia membantu.


4. BAHAGIAN HAL-EHWAL DAN PEMBANGUNAN  PELAJAR

  1. Memberi perkhidmatan yang cekap dan berkualiti dengan meningkatkan kualiti pengurusan, pentadbiran serta perkhidmatan
  2. Memberi layanan yang mesra dan bersopan-santun, sesuai dengan moto kami ‘Mesra Pelajar' .
  3. Memastikan Bahagian Hal-Ehwal dan Pembangunan Pelajar sentiasa peka dan responsif terhadap keperluan dan kehendak pelajar.
  4. Menyediakan program kepimpinan pelajar dan pembangunan sahsiah yang berkesan sejajar dengan moto USM ‘Kami Memimpin’
  5. Memantau dan membimbing  Majlis Pelajar supaya objektif sesuatu aktiviti yang dijalankan serta misi Bahagian Hal-Ehwal dan Pembangunan Pelajar tercapai.


5.  JABATAN PENDAFTAR
Kami berikrar dan berjanji untuk memenuhi kehendak pelanggan kami :

PELANTIKAN STAF
  • Memastikan permohonan (tanpa iklan) diakui penerimaannya dalam masa 10 hari dari tarikh permohonan diterima;
  • Mengeluarkan surat panggilan temu duga  atau menghubungi pemohon tentang temu duga dalam masa 7 hari bekerja sebelum tarikh temu duga;
  • Memaklumkan kepada pemohon tentang keputusan permohonan mereka dalam tempoh 14 hari dari tarikh kelulusan diperoleh daripada Jawatankuasa/ Lembaga Pengarah Universiti;
  • Memastikan proses pelanjutan tempoh perkhidmatan staf sambilan/ staf sementara dibuat 2 bulan sebelum tarikh tamat perkhidmatan; dan
  • Memproses permohonan peletakan jawatan staf (kecuali mereka yang ada ikatan kontrak) dalam masa 10 hari selepas tarikh permohonan diterima
PERKHIDMATAN STAF
  • Mengeluarkan Surat Pengesahan dalam Jawatan dalam masa 7 hari bekerja selepas Lembaga Pengarah Universiti bermesyuarat;
  • Mengeluarkan penyata gaji tentang pergerakan gaji kepada staf mengikut bulan pergerakan gaji iaitu pada bulan Januari, April, Julai dan Oktober;
  • Memastikan semua permohonan (untuk mendapatkan pelepasan dengan izin) untuk bekerja dengan organisasi luar diproses dan dihantar balik dalam masa 3 hari dari tarikh permohonan diterima;
  • Menghantar semua dokumen tentang persaraan wajib/persaraan  pilihan sendiri kepada Bahagian Pencen, JPA untuk diproses dalam tempoh  3 bulan sebelum tarikh persaraan;
  • Menyediakan surat akuan / pengesahan kepada  staf dalam masa 1 hari dari tarikh permohonan diterima; dan
  • Menyediakan surat  akuan / pengesahan kepada staf yang memohon pinjaman perumahan dalam tempoh 2 hari dari tarikh permohonan diterima.
PEMBANGUNAN STAF
  • Mengeluarkan surat tawaran sementara / rasmi kepada staf yang mengikuti Rancangan Pendidikan Tinggi Kakitangan Akademik (ASHE) dalam tempoh 10 hari selepas diperakui oleh Naib Canselor;
  • Mengeluarkan keputusan permohonan untuk melanjutkan cuti belajar dalam tempoh 14 hari selepas diperakui oleh Naib Canselor; dan
  • Memproses dan menghantar Pernyataan Biasiswa ASHE  kepada Bendahari untuk dibuat pembayaran sebaik sahaja tarikh permulaan cuti belajar/tarikh bertolak ke luar negara disahkan.
PENTADBIRAN STAF
  • Membuat  pengumuman tentang Peperiksaan Perkhidmatan Staf pada minggu pertama bulan Mei atau November setiap tahun;
  • Mengeluarkan keputusan Peperiksaan Perkhidmatan Staf dalam tempoh 14 hari selepas Mesyuarat Jawatankuasa Peperiksaan Perkhidmatan Staf; dan
  • Mengeluarkan surat jaminan untuk mendapatkan rawatan perubatan dalam tempoh 1 jam dari masa permohonan diterima.



6. BAHAGIAN PENGURUSAN AKADEMIK
Kami berikrar dan berjanji untuk memenuhi kehendak pelanggan kami :
  • Memastikan semua program akademik diluluskan, diurus dan ditadbir mengikut perlembagaan dan prosedur Senat
  • Memberi perhidmatan berkualiti tinggi kepada pelanggan dalam semua aspek berkaitan dengan pentadbiran akademik
  • Memastikan prosedur bagi pendaftaran pelajar, rekod pelajar, transkrip dan skrol sentiasa dipertingkat
  • Memastikan semua aktiviti pemprosesan data akademik pelajar dilaksanakan dengan betul dan sentiasa dikemas kini
  • Memastikan semua peperiksaan Universiti dijalankan secara teratur dan berkesan
  • Memastikan bahawa USM mencapai status antarabangsa sebagai institusi penyelidikan dan pengajaran.



7.  UNIT LATIHAN
Kami berikrar dan berjanji untuk memenuhi kehendak pelanggan kami :
  • Menyediakan program latihan dan pembangunan yang praktikal dan berkualiti tinggi untuk  memenuhi kehendak dan keperluan semasa mengikut jadual yang ditetapkan
  • Memaklumi pelanggan tentang program latihan dan pembangunan yang telah dijadualkan sekurang-kurangnya 3 minggu sebelum program tersebut bermula bagi pelanggan dalaman dan 6 minggu bagi pelanggan luaran.
  • Memastikan program latihan dan pembangunan dijalankan dalam suasana yang kondusif ke arah meningkatkan lagi keberkesanannya
  • Memberi khidmat perundingan profesional yang berkaitan dengan program latihan dan pembangunan staf.
  • Memproses dan memperaku penerimaan permohonan staf untuk mengikuti program latihan di pusat latihan di luar universiti dalam tempoh 4 hari selepas permohonan diterima.
  • Mengeluarkan keputusan permohonan untuk mengikuti program latihan di pusat latihan di luar universiti dalam tempoh 2 hari selepas kelulusan rasmi diterima
  • Memastikan semua tuntutan untuk tindakan Jabatan Bendahari diproses dalam tempoh 7 hari selepas permohonan lengkap diterima.


Sumber : Portal USM

Lagu rasmi USM - Menara Ilmu

Misi & Wawasan USM

Wawasan
buttonz "Mentransformasikan Pengajian Tinggi untuk Kelestarian Hari Esok"

Misi
buttonz USM ialah universiti perintis, berintensifkan penyelidikan renats bidang yang memperkasakan bakat masa hadapan dan mengupayakan golongan terkebawah demi menetrformasikan kesejahteraan sosioekonomi mereka.

Nilai
buttonz Kualiti, kesamaan, ketersediaan, ketercapaian, ketersanggupan dan kesesuaian  

Teras
buttonz  Masa hadapan, Keunikan (kelainan), Kelestarian, Kemanusiaan, Kesejagatan, Perubahan, Pengorbanan



Sumber : Portal USM

Lambang USM

Lambang  Universiti Sains Malaysia yang terdiri daripada anak bulan, dua ekor harimau, perisai dan moto, melambangkan identiti  Malaysia,  yang  universiti  ini mendapat  ilham  dan sokongan.  Peranan universiti sebagai institusi kebangsaan terserlah dalam  beberapa simbol lain.  
Anak bulan melambangkan kebesaran agama Islam sebagai agama rasmi negara. Anak bulan dengan bintang pecah empat belas pula melambangkan perpaduan tiga belas buah negeri dengan Kerajaan Malaysia.

Dua  ekor harimau, suatu simbol khusus bagi negara Malaysia, yang menggambarkan sifat-sifat kekuatan. Dua pelepah daun bertinta emas menandakan kemakmuran ekonomi Malaysia.  Perisai yang diapit  dua ekor harimau,  sejenis alatan untuk perlindungan,  merupakan  suatu alatan  tradisional yang diguna khususnya oleh orang-orang asli di negara ini.  Warna ungu, yang menggambarkan kedudukan tinggi pula menjadi warna rasmi Universiti Sains Malaysia.

Buku terbuka yang terletak di bahagian atas perisai diibaratkan sebagai elemen ilmu yang dikaitkan dengan Universiti Sains Malaysia.  Dua bilah keris,  yang merupakan senjata tradisional orang-orang Melayu pula melambangkan kebesaran dan kekuasaan keluarga diraja.  Bunga raya di bahagian atas perisai pula merupakan bunga kebangsaan negara.

Secara keseluruhannya, lambang ini didukung oleh moto ‘KAMI MEMIMPIN’ (WE LEAD) yang menggambarkan peranan Universiti dalam bidang ilmu, pengajaran, penyelidikan dan khidmat masyarakat.

Logotaip
Huruf S berwarna putih diletakkan di antara huruf U dan M yang berwarna ungu.

usmlgLogotaip rasmi USM direka bentuk dalam susunan tiga huruf serangkai yang melambangkan perpaduan USM sebagai sebuah organisasi.  Huruf S berwarna putih dan diapit oleh huruf  U dan M yang berwarna ungu iaitu warna rasmi Universiti.

Penggunaan huruf S yang berwarna putih melambangkan  kampus yang sejahtera  serta cara pemikiran warganya yang sihat dan tajam.  Huruf S  juga melambangkan bidang Sains dan Sastera dalam bentuk simetri, iaitu simbol keseimbangan dan keharmonian dalam pencarian ilmu.


Huruf  S yang terbuka pada bahagian atas dan bawahnya mewakili ciri “ di luar kotak pemikiran biasa” yang selari dengan aspirasi inovatif USM sebagaimana yang termaktub dalam misi universiti. Huruf S yang bersambung dengan huruf  U dan M pula melambangkan hubungan erat di antara universiti dengan rakyat melalui penyebaran ilmu pengetahuan yang meluas.

Warna Jingga
Warna jingga diterapkan daripada warna harimau pada lambang rasmi USM yang menggambarkan ciri-ciri USM yang dinamik dan aktif sebagai pelopor ilmu pada peringkat kebangsaan dan juga antarabangsa.

Segitiga Jingga
Segitiga jingga melambangkan kekukuhan USM berdasarkan tiga nilai teras Universiti – Unggul, Sejahtera, Mesra. Kedudukan segitiga ini pada bahagian bawah huruf S melambangkan kepentingan ketiga-tiga nilai di atas dalam mendukung moto USM “Kami Memimpin”

Empat Garis Tegak Jingga
Empat garis tegak jingga ini pula melambangkan empat prinsip panduan USM yang berfungsi sebagai tonggak utama dalam keseluruhan pembangunan Universiti.


logotypeTanda Jenama USM
Tanda Jenama USM menjadi teras identiti jenama USM dan justeru, ia harus sentiasa dilihat sama walau di mana  jua ia dilihat.

Tanda Jenama ini merupakan gabung jalin di antara Lambang, Logotaip dan Pemerihal Universiti.  Ketiga-tiganya bersatu teguh sebagai satu entiti tunggal.
Tanda Jenama ini boleh didapati dalam dua format bagi memaksimumkan impak visualnya iaitu melintang dan menegak, bergantung pada ruang yang ada.

Profil USM


Latar Belakang Institusi
Universiti Sains Malaysia yang ditubuhkan pada tahun 1969,  merupakan  universiti kedua tertua di negara ini.  Sebelum Akta Universiti dikuatkuasakan pada 4 Oktober 1971, Universiti Sains Malaysia dikenali sebagai Universiti Pulau Pinang.
Pada peringkat awal,  Universiti Sains Malaysia (USM) bermula dengan pengambilan seramai 57 orang pelajar sains.  Sejak itu, USM  membangun dengan pesatnya dan kini  USM mampu menawarkan pelbagai kursus pada  peringkat ijazah pertama dan ijazah tinggi kepada lebih 20,000 orang pelajar.  Kini, USM terkenal sebagai antara universiti tersohor di dalam mahupun di luar negara.

USM ditubuhkan hasil persetujuan yang  tercapai daripada resolusi yang   diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang pada tahun 1962, yang mencadangkan agar sebuah kolej universiti ditubuhkan di Pulau Pinang.  Sehubungan itu, sebidang tanah dikenal pasti di Sungai Ara sebagai tapak kolej universiti ini. Majlis Peletakan Batu Asas di tapak ini dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia Y.T.M Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj  pada 7 Ogos 1967.

In 1969, the University of Penang was established in response to the need for a larger campus with a more conducive environment, appropriate to the needs of the future of the country.
Walau bagaimanapun, Universiti Pulau Pinang ditubuhkan pada tahun 1969 untuk  menampung keperluan kampus yang lebih luas dan persekitaran yang lebih kondusif bersesuaian dengan keperluan negara pada masa hadapan.

Pada bulan April 1969, Profesor Hamzah Sendut telah dilantik sebagai Naib Canselor.  Dua bulan kemudian, kumpulan pertama seramai  57 orang pelajar telah diterima masuk untuk mengikuti pengajian mereka.  Memandangkan kawasan kampus di Sungai Ara belum  dibangunkan, maka  kumpulan pelajar ini ditempatkan di Maktab Perguruan Persekutuan Bukit Gelugur yang dipinjamkan daripada Kementerian Pelajaran. Pada tahun 1971, kampus yang sepatutnya di Sungai Ara dipindahkan ke tapak yang ada sekarang,  iaitu di  Minden.  Lokasi baru seluas 500 ekar yang terletak di kawasan berbukit  ini begitu  mempesonakan dengan persekitarannya yang menghijau, ditambah pula dengan keindahan laut yang luas terbentang.

Sejak penubuhannyanya,  USM melaksanakan sistem pusat pengajian,  yang agak berbeza dengan sistem falkulti yang lazimnya diamalkan.  Yang uniknya sistem ini adalah bahawa pelajar setiap pusat pengajian dapat memenuhi keperluan pengijazahan khusus di dalam bidang yang dipilih dan pada masa yang sama, pelajar berpeluang mengikuti bidang pengajian dalam disiplin lain yang ditawarkan oleh pusat pengajian yang lain.  USM merupakan universiti pertama yang mengamalkan pendekatan antara bidang ini.  Melalui pendekatan ini,  USM dapat memastikan bahawa graduan yang dihasilkannya terlatih dan serba boleh.
Kampus Induk USM terletak di bahagian pulau Pulau Pinang dengan keluasan 591.72 ekar (240.13 hektar).  USM mempunyai dua kampus cawangan iaitu  Kampus Kesihatan yang terletak di Kubang Kerian (lebih kurang 300 km dari Kampus Induk)  dan Kampus Kejuruteraan yang terletak di Nibong Tebal (lebih kurang 50 km dari Kampus Induk). Pusat Pengajian Sains Perubatan,  Pusat Pengajian Sains Kesihatan dan Pusat Pengajian Sains Pergigian terletak di Kampus Kesihatan, manakala Kampus Kejuruteraan menempatkan  enam Pusat Pengajian Kejuruteraan. Hingga kini, lebih daripada 30,000 pelajar telah mendaftar di USM.


Mengapa USM terlalu istimewa?
Sejak penubuhannya, USM telah mengamalkan pendekatan yang inovatif dalam pendidikan tinggi. Antara pendekatan yang penting adalah penyimpanga daripada sistem fakulti yang lazimnya diamalkan dalam organisasi akademik lain. Sebaliknya, USM telah melaksanakan sistem pusat pengajian yang lebih meluas. Melalui sistem ini, subjek yang berkaitan dikelompokkan ke dalam rancangan pengajian dan di setiap pusat pengajian,  pelbagai kursus dan subjek disusun untuk membolehkan pelajar menerima ijazah yang khusus dalam subjek tertentu.
Pada permulaan, USM telah diberi mandat untuk menyediakan, menggalakkan dan membangunkan  pengajian tinggi dalam bidang   Sains Tulen,  Sains Gunaan, Sains Perubatan dan Kesihatan, Sains Farmasi,  Sains & Teknologi Bangunan, Sains Kemasyarakatan, Ilmu Kemanusiaan, dan Ilmu Pendidikan, di samping menyediakan penyelidikan dan pemajuan ilmu serta menyebarluaskan ilmu tersebut dalam bidang-bidang pengajian ini.
Sebagai satu daripada empat Institusi Pengajian Tinggi yang diiktiraf sebagai Universiti Berintensifkan  Penyelidikan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi,  USM turut menawarkan peluang pendidikan dan penyelidikan kepada pelajar dan staf.  Satu daripada elemen utama dalam pembangunan kecemerlangan akademik di USM adalah penubuhan pusat dan unit penyelidikan.  Hal ini selaras dengan hakikat bahawa universiti  sememangnya sedar akan keperluan bidang penyelidikan dan pendidikan yang harus sentiasa terbuka terhadap permintaan masyarakat. Melalui penubuhan pusat dan unit ini, akan membuka  peluang yang lebih baik ke arah penyepaduan dan pembentukan jaringan.
Sebagai tambahan, USM turut menwarkan perkhidmatan perundingan, pengujian dan penasihatan kepada industri. Kesemua perkhidmatan ini tergolong di bawah kelolaan USAINS Holdings Sdn. Bhd, iaitu bahagian komersial USM.

Latarbelakang Program
USM menawarkan program sarjana dan pascasarjana yang dilakukan oleh pusat pengajian sebagai berikut:

Kampus IndukKampus Kejuruteraan
  • Pusat Pengajian Seni
  • Pusat Pengajian Sains Kajihayat
  • Pusat Pengajian Sains Kimia
  • Pusat Pengajian Komunikasi
  • Pusat Pengajian Sains Komputer
  • Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh
  • Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan
  • Pusat Pengajian Perumahan, Bangunan & Perancangan
  • Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan
  • Pusat Pengajian Teknologi Industri
  • Pusat Pengajian Pengurusan
  • Pusat Pengajian Sains Matematik
  • Pusat Pengajian Sains Farmasi
  • Pusat Pengajian Sains Fizik
  • Pusat Pengajian Bahasa, Literasi dan Terjemahan
  • Pusat Pengajian Kejuruteraan Aeroangkasa
  • Pusat Pengajian Kejuruteraan Kimia
  • Pusat Pengajian Kejuruteraan Awam
  • Pusat Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik
  • Pusat Pengajian Kejuruteraan Mekanikal
  • Pusat Pengajian Kejuruteraan Bahan dan Sumber Mineral
Kampus Kesihatan
  • Pusat Pengajian Sains Pergigian
  • Pusat Pengajian Sains Kesihatan
  • Pusat Pengajian Sains Perubatan

Senarai Pusat Penyelidikan, Pusat Perkhidmatan, dan Unit di USM adalah seperti berikut:
Pusat Penyelidikan

      Pusat Perkhidmatan
      • Pusat Bahasa dan Penterjemahan
      • Pusat Teknologi Pengajaran Multimedia
      • Pusat Pengetahuan Komunikasi dan Teknologi
      • Dewan Budaya
      • Perpustakaan Hamdan Tahir
      • Perpustakaan Hamzah Sendut
      • Pusat Islam
      • Muzium dan Galeri Tuanku Fauziah
      • Pusat Kemudahan Teknikal

      Unit
      • Unit Penyelidikan Sains Asronomi dan Atmosfera
      • Unit Penyelidikan Pendidikan Asas
      • Unit Terjemahan Melalui Komputer
      • Unit Pembangunan Teknologi dan Inovasi Kejuruteraan
      • Unit Penyelidikan Haiwan Makmal
      • Unit Penyelidikan Pendidikan untuk Keamanan
      • Unit Penasihatan Pengajaran dan Pembelajaran
      • Unit Penyelidikan Kawalan Vektor
      Kemudahan & Sumber Akademik

      Kemudahan yang USM sediakan bagi pelajarnya diberikan di bawah ini:
      • Warm and cozy cafeterias, as well as well-designed pavilions
      • An impressive Museum filled with world-class displays & a state-of-the-art
      • Art Gallery with fine art pieces.
      • Lecture theatre and halls to facilitate classroom learning and teaching.
      • Banks, bookshop, pharmacy, a post office and retail outlet to cater to the needs of students
      • Anoutstanding research library of over one million items and an extensive network of electronic databases and internet access.
      • Students’ residences that accommodate their stay on campus.
      • Sport Centre that is equipped with indoor and outdoor facilities that caters to students’ sporting events and games.

      Perkhidmatan Sokongan Mahasiswa & Aktiviti Pelajar Pembangunan
      USM menyediakan pelbagai perkhidmatan bagi mahasiswanya seperti penginapan asrama, kaunseling / bimbingan motivasi, sukan dan kemudahan rekreasi seperti padang bola sepak, 8-lorong trak sintetik berjalan, sebuah stadium hoki astroturf dan kolam renang saiz Olimpik. Budaya peristiwa / kegiatan yang diadakan di Balai Budaya untuk menggalakkan hubungan yang lebih erat antara pelajar. Ada juga pelbagai kelab dan masyarakat yang melayani pelbagai kepentingan. Ini termasuk Masyarakat Sains Politik, Sains Komputer Club, India Budaya Club, Navigator Masyarakat, Astronomi Club, Debating & Public Speaking Club, dan Komunikasi Massa Club untuk beberapa nama.
      Unit Kaunseling di USM menawarkan perkhidmatan sokongan untuk membantu mengembangkan potensi pelajar dan kemampuan.
      Selain memberikan sumbangan terhadap usaha penyelidikan kebangsaan dan kemajuan ilmu pengetahuan pada umumnya, Universiti juga telah mengambil langkah-langkah untuk mengenal pasti dan secara berkala mengkaji bidang kajian yang layak sokongan khusus untuk bersaing secara lebih berkesan untuk dana luaran. USM Dalam usaha untuk memberikan insentif yang lebih baik untuk pembangunan produk baru dan proses oleh kakitangan, itu baru-baru ini dibuat Peraturan khas yang menetapkan paten dan pengkomersilan hasil penelitian.

      The Apex Status--USM

      Dunia yang lestari, kemanusiaan and masa depan manusia merupakan antara isu yang diperjuangkan oleh Universiti Sains Malaysia. Berdasarkan prinsip ini, USM telah dipilih oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia untuk melaksanakan Program Pemacuan untuk Kecemerlangan (Accelerated Programme for Excellence, APEX). Perkara ini telah diumumkan oleh Menteri Pengajian Tinggi,  Yang Berhormat Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin pada 3 September 2008.


      Sejak penubuhannya pada tahun 1969, USM telah melalui pelbagai fasa pembangunan, bukan hanya berperanan melahirkan graduan untuk menyokong keperluan negara, malahan yang lebih penting, memainkan peranan sebagai daya pendorong untuk kemajuan dan pembangunan negara. Setelah 40 tahun berlalu, sudah tiba masanya USM bergerak ke peringkat seterusnya dalam usaha mempersiapkan Universiti  untuk masa depan yang lebih mencabar dan unik.


      Berdasarkan proposal APEX berjudul, “Transformasi Pendidikan Tinggi untuk Kelastarian Hari Esok”, USM telah menggariskan usahanya dalam menyokong proses pembangunan lestari dalam memastikan masa depan yang lebih kekal.  Secara khusus, dari segi kelangsungan kewujudan cakerawala dan manusia dengan memastikan penggunaan sumber yang tepat ke arah pemahaman yang lebih bermakna, penghormatan dan bahkan mengambil langkah yang perlu untuk membina masa depan yang teguh dan seimbang, maju dan lestari.

      Penekanan diberikan "... untuk menyepadukan pembangunan lestari ke dalam sistem pendidikan supaya generasi masa depan dapat dipelihara dan mempunyai keperluan untuk melindungi ekologi, memulihara sumber dan membangun manusia berdasarkan nilai-nilai kesamaan, ketercapaian, ketersediaan, keterjangkauan, kesesuaian dan  dalam menyatakan dengan jelas  erti sihat yang berkualiti."

      Seiring dengan ini, USM telah melaksanakan program penjenamaan semula yang akan membolehkannya untuk memperdalam dan menterjemah misi utamanya sebagai " universiti perintis, berintensifkan penyelidikan rentas bidang yang memperkasakan bakat masa hadapan dan mengupayakan golongan terkebawah demi mentransformasikan kesejahteraan sosioekonomi mereka.” Hal ini selari dengan wawasan  "Transformasi Pendidikan Tinggi untuk Kelestarian Hari Esok."

      USM sebagai Pusat Kecemerlangan Wilayah bagi Pendidikan Pembangunan Lestari  yang diiktiraf oleh United Nations University di Nagoya University, Jepun, pada 29 Jun 2005 mempunyai kegiatan yang telah banyak dilaksanakan.  Contoh penting termasuk kempen kelestarian seperti "Keranda Putih" (The White Coffin) yang berjaya membenteras penggunaan polistirena. Yang terkini, pengiktirafan daripada Global University Network for Innovation (GUNI).  Begitu juga kempen yang masih berlangsung iaitu kempen untuk mengurangkan penggunaan plastik di dalam kampus. Pengerahan kepakaran dalaman untuk mengembangkan konsep "ekohab" dengan memanfaatkan sumber yang sedia ada merupakan contoh kejayaan setakat ini. Semua usaha ini dilakukan oleh para sukarelawan yang terdiri daripada warga kampus.

      USM akan terus memimpin dalam mendepani cabaran hari esok dengan menyokong tujuh bidang utama sebagai dasar untuk membentuk universiti APEX negara yang pertama. Tujuh bidang ini memberikan keutamaan pada: Masa Depan, Keunikan, Kelestarian, Kemanusiaan, Kesejagatan, Perubahan dan Pengorbanan sebagaimana yang dijelaskan oleh Naib Canselor, Prof Tan Sri Dato 'Dzulkifli Abdul Razak, dalam Perutusan Tahunan 2009 yang berjudul "Universiti APEX:  Satu tuntutan, Satu Pengorbanan" (APEX university:  A Quest, A Sacrifice.)

      Hal ini bermaksud bahawa, USM akan melaksanakan sepenuhnya masa depan yang lestari dengan berpaksikan pendidikan tinggi sebagai pelantar untuk menjangkau manusia secara keseluruhannya, sambil mempertingkat sokongan kuat terhadap matlamat utama antarabangsa seperti Matlamat Pembangunan Alaf,  Pendidikan untuk Semua, Pendidikan untuk Pembangunan Lestari dansebarang  agenda yang lain pada masa depan. Oleh hal yang demikian, USM memilih untuk melangkah ke depan bersandarkan  Strategi Lautan Biru (Blue Ocean Strategy, BOS), yang memerlukan cara berfikir yang unik dan inovatif, mengambil tindakan dan menetapkan matlamat yang lain daripada norma. Yang pasti, mewujudkan kelestarian dan kemanusiaan sebagai teras unggul bagi melahirkan sebuah metafora baru bahawa USM gigih berusaha untuk memastikan kelangsungan kehidupan bumi agar dapat diwarisi oleh generasi akan datang.  Secara ringkasnya, perkara inilah  yang digambarkan sebagai APEX oleh USM.

      LAPORAN KEMAJUAN PERANCANGAN IMPLEMENTASI



      Sumber :  Portal USM

      Apex University

                 Penubuhan Universiti Apex (Accelerated Programme For Excellence) telah ditubuhkan selaras dengan hasrat murni Kementerian Pengajian Tinggi  untuk mewujudkan IPT yang setanding dengan universiti terbaik di dunia.  Secara umumnya, universiti terkemuka di dunia terbahagi kepada tiga kumpulan iaitu Universiti Apex, Universiti Elit dan Universiti Kompetitif.

                   Universiti Apex yang pertama di Malaysia iaitu USM telah menerima pengiktirafan ini pada 27 Ogos 2008 hasil daripada persetujuan sebulat suara Kabinet. Pemilihan USM sebagai Universiti Apex adalah berdasarkan kepada tahap kesediaan USM untuk melalui transformasi dan pencapaian akademik. Antara matlamat penubuhan Universiti Apex adalah untuk menjadi sebuah universiti yang tersohor dan menjadi universiti rujukan kepada Universiti lain. Di samping itu, Universiti ini bertanggungjawab untuk menghasilkan pelajar yang cemerlang, gemilang dan terbilang serta mampu menghasilkan kajian dalam bidang R&D&C yang berkualiti dan memberi manfaat kepada masyarakat sejagat. Selain daripada itu, Universiti ini juga bertanggungjawab untuk menghasilkan penyelidik yang bertaraf Nobel Laureate dan pensyarah bertaraf dunia.

                   Universiti Apex telah diberi keistimewaan dan pengiktirafan yang tertinggi dari Kerajaan dengan diberi autonomi penuh dari segi kewangan, skim perkhidmatan, pengurusan, pengambilan pelajar, perlantikan kakitangan, pensyarah dan kepimpinan tertinggi serta penetapan yuran pengajian. Universiti Apex telah diberi fleksibiliti untuk menyediakan keperluan bagi meletakkannya pada status berkelas dunia dan LPU yang terdiri daripada profesional berkalibel yang mempunyai kuasa tadbir urus yang penuh. LPU ini bertanggungjawab untuk melaksanakan proses pemilihan yang ketat untuk memilih calon terbaik bagi mengisi jawatan Naib Canselor dan barisan pemimpin tertinggi Universiti.
                   Pemilihan pelajar juga akan dibuat berdasarkan kepada merit akademik dan kriteria lain yang dilaksanakan secara holisitik termasuk melalui temu duga. Komposisi pelajarnya juga terdiri daripada masyarakat majmuk di Malaysia dan sekurang-kurangnya 10 peratus pelajar antarabangsa.Bagi menjamin kecemerlangan akademik yang berterusan, pemilihan ahli akademik yang cemerlang dan mempunyai kesarjanaan yang tersohor oleh Universiti tersohor dunia seperti Universiti Harvard,  Universiti Oxford dan Universiti Cambridge akan dibuat melalui pemilihan yang ketat dan kompetitif. Di samping, prestasi universiti ini juga akan dinilai berdasarkan kepada sasaran KPI yang tinggi dan bertaraf antarabangsa. Sebagai sebuah pusat kecemerlangan, Universiti Apex juga akan dilengkapi dengan segala kemudahan terbaik dan terkini yang mampu menarik tumpuan pelajar pintar dan ahli akademik cemerlang dari pelosok dunia.


      Bagi tujuan ini, Universiti Apex perlu mempunyai ciri-ciri berikut: iaitu:

      1.Pemimpin Terbaik»Cemerlang, berwawasan, bersemangat, dan komited untuk mencapai
      matlamat kecemerlangan dalam bidang kesarjanaan ;
      »Pengurus dan pentadbir yang berbakat untuk mengurus sumber
      manusia serta aset universiti yang lain ; dan
      »Komunikator cemerlang yang fasih berbahasa Inggeris, bermoral tinggi,
      dan berintegriti serta bertindak sebagai peniup semangat.
      2.Fakulti Terbaik»Ahli akademik yang berbakat dan tersohor kesarjanaannya dalam
      pelbagai bidang. Ahli akademik yang terdiri daripada rakyat tempatan
      dan rakyat luar negara akan mewujudkan suntikan ilmu global yang
      sihat serta menjadi pengajar yang hebat selain menjadi penyelidik
      yang cemerlang dalam bidang masing-masing.
      »Teknik pengajaran sentiasa berkualiti dan relevan
      »Penyelidikan mereka kreatif dan inovatif yang direka khusus untuk
      kemajuan penyelidikan serta memperluas ilmu.
      3.Pelajar Terbaik»Kecemerlangan akademik yang tinggi secara berterusan dan konsisten
      sepanjang jangka masa kursus ;
      »Pencapaian yang baik melalui penilaian kualiti yang ketat ; dan
      »Pelajar dalam dan luar negara yang cemerlang.
      4.Kemudahan Terbaik»Universiti Apex akan dilengkapi dengan kemudahan terbaik dan terkini
      untuk meningkatkan proses pembelajaran dan pengajaran serta
      menggalakkan penyelidikan dan pembangunan.


      Sehubungan itu,  diharapkan agar USM sebagai Universiti Apex yang pertama di Malaysia mampu melaksanakan hasrat murni ini dengan  menjadi Universiti Bertaraf Dunia dan seterusnya menjadi role model kepada Universiti lain dalam usaha untuk memperkasakan pengajian tinggi.

      Tuesday, January 25, 2011